Posts

Kenangan Manis Sang Pelaut

Assalamualaikum dan salam sejahteraDua hari lepas berlakunya perubahan krew atau crew change bagi pekerja ditempat saya bekerja. Seperti biasa, bagi semua pekerja dilaut, hari crew change adalah hari yang dinanti. Ini bermakna kami dapat balik kerumah, berjumpa keluarga dan menghirup udara segar di daratan.Semasa bersalam-salaman, ternampak riak wajah seorang rakan ini begitu ceria sekali. Bila diingat balik, dia ada mencoretkan status di facebooknya tentang hari bahagianya yang akan menjelang tiba dalam masa beberapa hari ini.Siapa yang tidak ceria kan..hari perkahwinan adalah antara kenangan manis dan detik terindah yang akan sentiasa kita ingati. Kepada rakan saya yang berkenaan, Selamat Pengantin Baru saya ucapkan. Semoga perkahwinan di berkati dan diredhai oleh Allah SWT.-Abang Offshore-
Nak Balik Kawin Jugak

Perjalanan Sulung Yang Gagal

Assalamualaikum dan salam sejahtera,Beberapa babak dalam filem titanic ada ditunjukkan bagaimana keadaan kelam-kabut semasa kapal yang dikatakan "unsinkable ship" itu melanggar ketulan ais ditengah lautan luas. Penumpang-penumpang cuba menyelamatkan diri masing-masing kerana menyedari bahayanya keadaan pada ketika itu.Tapi perasan tak kita bahawa salah satu malapetaka besar ketika itu adalah kerana kurangnya persediaan daripada penyedia perkhidmatan kapal tersebut untuk mengenalpasti risiko semasa pelayaran. Mungkin kerana mereka terlalu yakin bahawa kapal yang dibina itu terlalu sempurna, hingga dikatakan tidak mampu ditenggelamkan. Banyak nyawa yang boleh diselamatkan sekiranya mereka menganalisa risiko pelayaran dan membuat persediaan rapi. Ada dalam babak filem tersebut menunjukkan bahawa tiada peralatan keselamatan yang mencukupi bagi menyelamatkan semua penumpang. Bilangan bot yang terhad dan ditambah pula dengan keegoan golongan kaya yang tidak mahu berkongsi dengan g…

Bosan Tak Kat Offshore?

Assalamualaikum dan slam sejahtera,Bosan tak kat offshore? Susah juga nak menjawab soalan ini.Bagi saya terpulang pada setiap individu bagaimana mereka nak mengisi masa semasa disini. Secara ringkasnya, jadual disini agak ketat yang masa yang mana masa bekera bermula pada pukul 0600-0630hrs dan berakhir sekitar 1800-1830hrs.Selepas 1830hrs terpulanglah kepada individual bagaimana mereka ingin memanfaatkan masa mereka. Terdapat banyak kemudahan yang disediakan walaupun tidaklah sesempurna kemudahan didarat. Teradapat permainan ringan, gym yang ringkas, kemudahan karaoke mungkin, dan banyak lagi. Paling senang, duduk sahaja di depan TV sambil melayan drama-drama menarik.Bagi saya pula, saya suka memanfaatkan masa saya dengan membaca pelbagai buku. Banyak buku yang saya beli semasa didarat dibawakan ke offshore. sekurang-kurangnya bolehlah saya menambahkan ilmu pengetahuan semasa masa lapang saya disini. Semoga hasil daripada pembacaan daripada pelbagai buku ini boleh menambah nilai diri…

Orang Kerja Offshore Gaji Mahal

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Kita sering mendengar orang bercerita tentang gaji mereka yang bekerja di offshore. Katanya "masyuk". Tapi hakikatnya mereka yang bercerita itu tidak penah menjejakkan kaki ke offshore pun, apatah lagi untuk bekerja disini.Ape yang saya tahu sepanjang bekerja disini, gaji yang diterima kami sama sahaja dengan rakan-rakan yang bekerja didarat. Mungkin yang lebih sedikit adalah elaun offshore yang biasanya dibayar mengikut bilangan hari bekerja. Bayarannya pun tidak lah mahal pun.Mungkin ada antara mereka yang bekerja disini menerima gaji puluhan ribu sebulan ataupun ratusan ribu. Tapi bilangannya terlalu kecil berbanding populasi pekerja offshore.mungkin 0.001% saha. ibarat sebuah syarikat gergasi, CEO nya menerima jutaan ringgit setahun, tetapi kebanyakan mereka yang lain adalah pekerja biasa yang menerima gaji sama sahaja dengan pekerja syarikat kecil yang lain.Jadi janganlah terpedaya dengan cerita-cerita yang belum tentu sahih. Untuk me…

Demi Keluarga Terchinta

Assalamualaikum dan salam sejahtera Kami tinggalkan keluarga beratus kilometer jauhnya demi mencari rezeki yang halal di tengah lautan. Amat rindu rasanya pada keluarga tersayang. Mujurlah pada zaman sekarang ini, teknologi mampu mendekatkan kita semua walaupun jauh secara fizikalnya, namun kita masih lagi dapat berbual dan melihat mereka.Pergerakan kami disini amatlah terbatas dan kemudahan pengangkutan untuk balik ke darat amatlah terhad. Aku amat terkesan sekiranya ada antara kami disini bercerita tentang masalah berkaitan keluarga; anak sakit, Isteri masuk wad,  mak/ayah kene stroke, nenek meninggal etc. Bila kita cuba  letakkan diri ditempat mereka, memang kita akan rasakan tekanan yang hebat. Aku memang tidak mampu walaupun membayangkan keadaan itu. boleh menitis air mata kerana teringatkan keluarga. Oleh sebab itu, aku selalu memberikan kerjasama yang baik sekiranya ada antara mereka memohon untuk balik walaupun kerja masih berbaki. Cuba seadaya upaya menguruskan hal pengangkut…

Ombak Besar dan Angin Kencang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Bila kita sebut pasal laut jer mesti tak boleh lari kaitannya dengan angin sepoi-sepoi bahasa dan jugak ombak. Kalau di tepi pantai kita boleh rasa ketenangannya kan.Tapi bila kita berada di tengah lautan ini, lain pulak ceritanya. Ada ketika angin dan ombak yang mendamaikan dan ada ketika ia menggila. Biasanya ombak besar dan angin kencang ini akan melanda kawasan pantai timur semenanjung pada bulan november hingga Mac setiap tahun. Musim ini biasanya kita sebut sebagai musim monsoon atau jugak musim tengkujuh kerana banyak kawasan di pantai timur dilimpahi hujan yang banyak dan menyebabkan banjir.Pada teorinya memang begitu. Ombak besar dan angin kencang melanda hanya pada hujung tahun sehingga Mac. Namun hakikatnya keadaan ini tidak menentu. Selama beberapa tahun aku bekerja dilaut ini, aku perhatikan pada bulan July/Ogos keadaan cuaca sudah tidak menentu dan amat berbahaya terutamanya untuk kita bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Per…

Cabaran Syarikat Minyak Dan Gas

Assalamualaikum dan salam sejahtera.setiap telaga yang di gali dan mengeluarkan minyak dan gas mempunyai jangka hayatnya yang tersendiri. Ianya bergantung kepada berapa banyak reserve ataupun simpanan dalam satu-satu kawasan penemuan.Kos yang dikeluarkan untuk pembangunan dan pengeluaran minyak dan gas amatlah besar. disebabkan fakta itulah, kita tidak menemui banyak syarikat yang yang kekal dalam sektor ini walaupun menjanjikan pulangan yang besar.Lihat sahaja kepada apa yang terjadi kepada banyak syarikat minyak dan gas sekitar tahun 2014/2015 semasa harga minyak menjunam. Banyak syarikat yang terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu menampung kos pembangunna dan pengeluaran.Dinegara kita juga tidak berkecuali, ya kawan-kawan. Syarikat minyak dan gas memotong perbelanjaan, menangguhkan pembangunan dan projek menyebabkan syarikat penyedia perkhidmatan tiada kerja dan akhirnya terpaksa mengecilk n operasi ataupun tutup akibat kerugian.Pada masa kini harga minyak agak stabil dan menyak…